nuffnang

Followers

Monday, October 10, 2011

Hukum sebut Oh My God (OMG)!!!




Ustazah Mashitah menjelaskan bahawa ;


Sebagai orang islam kita wajar basahkan lidah dengan menyebut kalimah Allah swt, berbanding god. Ini kerana god hanya diertikan sebagai tuhan. Dan perkataan god juga boleh dijamakkan sebagai gods ataupun goddness. Sebab itu sebagai orang islam, kita lebih baik menyebut Allah swt berbanding god.


Satu pencerahan ringkas daripada Mashitah. Dia tidak meletakkan hukum halal, haram, sunat, harus, sunat ke, wajib ke apa ke. Cuma menerangkan kewajaran umat islam menyebut Allah swt berbanding god. Terima kasih di atas penjelasan ringkas daripada ustazah mashitah neh. Di harapkan ustazah boleh berikan penjelasan berhubung hukum muslimah cukur kening dan mentaati pemerintah yang menolak hukum hudud di lain kali. Sekian.

seorang Muslim dituntut supaya mengingati Allah.
Dalam sepotong ayat Allah s.w.t berfirman


tidakkah dengan mengingati Tuhan hati menjadi tenang


justeru,untuk hidup tenang,basahkan lidah dengan selalu menyebut kalimah Allah.menyebut God sama sekali tidak boleh diterjemah sebagai Allah.dari segi bahasa God hanyalah Tuhan.Dalam bahasa arab,Tuhan adalah Rab.perkataan Tuhan boleh dijamakkan dan ada jantina seperti Gods dan Goddess.Berbeza dengan kalimah Allah,ia mengandungi makna tauhid di dalamnya.Tiada 2 atau 3,hanyalah Esa atau 1.


jika kita orang islam,sebutlah Ya Allah kerana maknanya berbeza dengan Oh My God!

No comments :

Post a Comment