nuffnang

Followers

Thursday, January 31, 2013

malam jumaat yang indah


malam jumaat yang indah....



Salam Jumaat semua... Bosan nga kerja,saja update cite yang boleh bt kita gelak, tersenyum saya baca cite ni..hilang jap ngantok..hehehe

Sila la baca kawan2 untuk hilangkan ngantok..msti kelakar punya..hehehehe

MALAM JUMAAT


Tu lah dahsyat nya malam Jumaat..... 
  


Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirehat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak, empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu...

"Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Kasim pada Ani, isterinya yang sedang menyusu anak bongsu mereka

" Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"

" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Kassim...

Sambil ke bilik air mengambil wudhuk dan selepas itu mendapat kan songkok. Kitab al-Quran dan meminum seteguk air sejuk. Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya...

"BISMILLAHHIRROHMANIRROHIM"

" Bang!! Anak dah tidur" Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadanya dalam jangkamasa yang begitu singkat.

" SODAQALLAHULAZEEM "

Tu lah dahsyat nya malam Jumaat.....




MALAM PERTAMA MALAM TERINDAH


Sang suami yang baru menikah merasa hairan melihat tingkah laku isterinya, yang pada malam pertama membuka jendela dan menatap ke langit melihat bintang-bintang.

Dengan jengkel suaminya berkata...

"Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama kita ini?"

 Jawab sang isteri, "Menurut ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah selama hidup saya. Jadi saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan malam ini, aku akan menatapnya sampai pagi."




JENAKA MALAM PENGANTIN


Majlis pernikahan dah selesai, tetamu sudah balik, si ayah mengelamun sendiri.

Di kamar pengantin kedua mempelai asyik membelek hadiah-hadiah...si ayah pasang telinga mendengar perbualan.

Kedua pengantin sedang membelek sepasang kasut hadiah dari tetamu yang datang.

" Nak cuba pakai malam ni , bang." pengantin perempuan bersuara...berdebar dada si ayah mendengarnya.

" Boleh saja biar abang masukkan?" Pengantin lelaki menyarung kasut di kaki isterinya.

"Tak muat bang, sempit oh sakitnya." Ternyata kasut bukan saiznya.

"Kalau tak muat nak buat camana?" Pengantin lelaki gundah suaranya.

" Sapu air liur…!" Si ayah bersuara



Sekian...hehehe

Tiba-tiba gedik nak upload gambar kawin kita dulu...indahnya jadi RAJA SEHARI...hahahaa..kelakar baca kisah pengantin...



Ni Gambar Lepas di Ijab Qabul bersama dengan suamiku yang tercinta Muhammad Firdaus Hanafe...hehehe.. 05.06.2010 ( Firdaus & Faezah)

Thursday, January 3, 2013

Amalan Sunat Hari Jumaat

Salam Jumaat semua.Di pagi jumaat ni saja nak berkongsi amalan sunat hari jumaat..banyak kelebihan hari jumaat dan perkara sunat yang boleh kite buat pada hari jumaat..sama-sama la kite amalkan..

Sabda Rasulullah SAW :

" Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat."

( Hadits riwayat an-Nasa'i )

Amalan-amalan Sunat Hari Jumaat  :

1. Digalakkan mandi Sunat Jumaat
2. Memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah.
3. Pakailah minyak wangi yang diharuskan 
4. Berhiaslah dengan memotong rambut
5. Mencukur kumis
6. Memotong kuku
7. Menggosok gigi atau bersugi
8. Memperbanyakkan selawat
9. Hadir awal ke masjid
10. Membaca surah al Kahfi
11. Duduk hampir dengan imam


Cara potong kuku ikut Sunnah Nabi


Sunnah Hari Jumaat yang boleh kite amalkan

:)




Wednesday, January 2, 2013

Syarat Memohon Rebat Telefon Pintar

Info terkini tentang rebet RM 200.00 untuk telefon pintar yang diumumkan oleh kerajaan dalam Bajet 2013.. 

REBET RM 200 PAKEJ KOMUNIKASI BELIA 

Seperti yang sedia maklum bahawa Pakej Komunikasi Belia merupakan salah satu  projek yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan melalui SKMM dalam bajet 2013 bagi melaksanakan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI). Tujuannya adalah mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia dan pihak kerajaan juga mensasarkan golongan belia agar dapat menambahkan pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).

Info terkini yang telah diumumkan bahawa apa jua jenis telefon pintar yang berada di pasaran adalah layak untuk dibeli dengan menggunakan rebet RM 200 dan terikat dengan syarikat telekomunikasi yang terpilih bagi melaksanakan skim PKB seperti berikut :
  1. Celcom ;
  2. Clixster ;
  3. DiGi ;
  4. Maxis ;
  5. Tune Talk ;
  6. U Mobile ; dan 
  7. YTL Communications

SYARAT-SYARAT PEMOHON
  1. Berumur antara 21-30 tahun (kategori belia)
  2. Berpendapatan RM 3000 dan ke bawah (kasar)
  3. Dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat jika belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar. 
  4. Hanya satu telefon pintar untuk seorang.

CARA-CARA MEMOHON
kredit : jiwarosak.com

  1. Borang pra-pendaftaran perlu diisi secara dalam talian di laman sesawangwww.skmm.gov.my   ; atau
  2. Anda boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.
  3. Permohonan bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi (mana-mana yang terdahulu).

ANDA LAYAK MENUNTUT REBAT?

Ok, bagaimana untuk mengetahui anda layak atau tidak menuntut rebat ini? 
Anda akan menerima pengesahan dari wakil-wakil penyedia perkhidmatan kemudian anda boleh memilih telefon pintar. Anda hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut selepas rebat RM 200. Pastikan anda telah melanggan pakej jalur lebar (sila rujuk No.3 SYARAT-SYARAT PEMOHON ).
Tempoh yang diberikan hanya 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Permohonan anda dianggap terbatal jika tuntutan TIDAK dibuat dalam tempoh yang ditetapkan. 
Jangan risau, anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan dari tempoh pra-pendaftaran pertama (sila rujuk No.3 CARA-CARA MEMOHON)

Untuk keterangan atau pertanyaan berkaitan boleh hubungi mereka yang bertanggungjawab melalui email komunikasibelia@cmc.gov.my atau di talian 1-800-88-4040 Isnin - Jumaat jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang (kecuali cuti umum)  atau lhubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah.

JANGAN LUPA!

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN KETIKA MENUNTUT TELEFON PINTAR
  1. Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera ; atau
  2. Salinan kad pelajar (sepenuh masa/separuh masa)

Selamat maju jaya semua, harap korang semua berjaya tembusi www.skmm.gov.my.

Bye 2012...Hi 2013!


Selamat Tahun Baru semua...semoga tahun baru ni memberi kemanisan yang bermakna untuk kita semua..
Banyak kenangan pahit dan manis tahun 2012 yang xdapat dilupakan...semoga 2013 memberi sinar baru untuk aku sekeluarga...
Tahun baru mesti la ada azam baru...hehehehe..