REBET RM 200 PAKEJ KOMUNIKASI BELIA
Seperti yang sedia maklum bahawa Pakej Komunikasi Belia merupakan salah satu projek yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan melalui SKMM dalam bajet 2013 bagi melaksanakan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI). Tujuannya adalah mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia dan pihak kerajaan juga mensasarkan golongan belia agar dapat menambahkan pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).
Seperti yang sedia maklum bahawa Pakej Komunikasi Belia merupakan salah satu projek yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan melalui SKMM dalam bajet 2013 bagi melaksanakan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI). Tujuannya adalah mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia dan pihak kerajaan juga mensasarkan golongan belia agar dapat menambahkan pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).
Info terkini yang telah diumumkan bahawa apa jua jenis telefon pintar yang berada di pasaran adalah layak untuk dibeli dengan menggunakan rebet RM 200 dan terikat dengan syarikat telekomunikasi yang terpilih bagi melaksanakan skim PKB seperti berikut :
- Celcom ;
- Clixster ;
- DiGi ;
- Maxis ;
- Tune Talk ;
- U Mobile ; dan
- YTL Communications
SYARAT-SYARAT PEMOHON
- Berumur antara 21-30 tahun (kategori belia)
- Berpendapatan RM 3000 dan ke bawah (kasar)
- Dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat jika belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar.
- Hanya satu telefon pintar untuk seorang.
CARA-CARA MEMOHON
kredit : jiwarosak.com |
- Borang pra-pendaftaran perlu diisi secara dalam talian di laman sesawangwww.skmm.gov.my ; atau
- Anda boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.
- Permohonan bermula dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi (mana-mana yang terdahulu).
ANDA LAYAK MENUNTUT REBAT?
Ok, bagaimana untuk mengetahui anda layak atau tidak menuntut rebat ini?
Anda akan menerima pengesahan dari wakil-wakil penyedia perkhidmatan kemudian anda boleh memilih telefon pintar. Anda hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut selepas rebat RM 200. Pastikan anda telah melanggan pakej jalur lebar (sila rujuk No.3 SYARAT-SYARAT PEMOHON ).
Tempoh yang diberikan hanya 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Permohonan anda dianggap terbatal jika tuntutan TIDAK dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Jangan risau, anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan dari tempoh pra-pendaftaran pertama (sila rujuk No.3 CARA-CARA MEMOHON)
Untuk keterangan atau pertanyaan berkaitan boleh hubungi mereka yang bertanggungjawab melalui email komunikasibelia@cmc.gov.my atau di talian 1-800-88-4040 Isnin - Jumaat jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang (kecuali cuti umum) atau lhubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah.
JANGAN LUPA!
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN KETIKA MENUNTUT TELEFON PINTAR
- Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera ; atau
- Salinan kad pelajar (sepenuh masa/separuh masa)
Selamat maju jaya semua, harap korang semua berjaya tembusi www.skmm.gov.my.
No comments :
Post a Comment