nuffnang

Followers

Tuesday, February 18, 2014

Resepi : Tepung Pelita

RESEPI KUIH TEPUNG PELITA
Sumber : zakwan

Lapisan hijau @ bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dikisar dgn sedikit air
sedikit kapur  - jgn letak banyak, nanti pahit

Lapisan putih @ atas :
4 sudu besar tepung beras
1 kotak santan
 sedikit garam


Cara :

[1] Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati

[2] Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat 
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)

[3] Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap
[4] 1 kotak santan dicampurkan dengan 4 sudu tepung beras dan garam

[5] Kacau sehingga sebati

[6] Masak adunan dan kacau sehingga adunan pekat  
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)

 [7] Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi

  [8] Sejukkan


NOTA: 
Sedikit tip untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli
Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, tambahkan 2 sudu besar tepung ubi
Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas
Sudukan 1/2 sudu kecil gula pasir ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih





Dah siap letak dalam peti..makan sejuk-sejuk,SEDAP!!!!



Firhan ni lagi la,sempat tutup bekas dah makan 3bekas...
suka sangat dia,kuih ni lembut...


Nikmatnya dia makan...hehehehe



6 comments :

  1. Akakkkkkkkkkkkk.. sedap nyeee Y___Y

    Jom main masak2 lagi kat umah akak.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom2 nurul...akak ok jer...mmg sedap makan sejuk2..hehehe

      Delete
  2. sedapnyaaaaa..selalu mkn time bulan puasa..huhu sedap sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..biasa time bln puasa je kita makan kan...rupenya senang je nk bt dia...huhuhuhu

      Delete
  3. tu la k.ana..satu hari 3bekas dia makan...mmg suka sgt ler firhan..

    ReplyDelete