nuffnang

Followers

Thursday, February 27, 2014

Resepi : Roti Hotdog


Sosej Roll

BAHAN-BAHANNYA :
5 batang sosej Ayamas
5 keping roti sandwich (mat guna Gardenia)
2 putih telur, dipukul sedikit
Serbuk roti secukupnya (mat guna serbuk roti bewarna kuning)
1 kuning telur
Sos kegemaran anda (mat guna sos cili + sedikit mayonnaise)


CARA MEMBUATNYA :

1.Celur sekejap sosej dalam air mendidih, toskan dan biar sejuk. Roti dibuang sedikit bahagian tepi2nya. Kemudian canai sedikit biar sama saiz dengan ukuran sosej. Buat hingga siap.

2.Ambil sekeping roti, letak sebatang sosej dan gulung ketat. Sapu kuning telur pada hujung roti dan gulung hingga melekat. Buat hingga siap.

3.Celup sosej roll tadi dalam putih telur, golekkan dalam serbuk roti, kemudian celup sekali lagi dalam putih telur dan golekkan sekali lagi dalam serbuk roti. 

Buat hingga siap. Kemudian goreng dalam minyak panas dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidang dengan sos kegemaran anda....

CATATAN MAT GEBU :- Jika anda suka salutan nipis, cukup sekadar mencelup sekali sahaja sosej roll tadi dalam adunan telur dan golekkan dalam serbuk roti.




No comments :

Post a Comment