nuffnang

Followers

Monday, September 30, 2013

Resepi : Spaghetti Bolognese

Simple je nak masak ni..kira org mls punya masakan ler..
Tapi aku punya resepi untuk jenis tekak melayu..
sebab aku xsuka masam2 sgt.. jadi aku cmpur cket lama kering yang dikisar..
pe2 pn jom tgk resepi nya..

Bahan-bahan :


1. Ayam / Daging Kisar 400g



2. Cendawan Butang  (tapi separuh je yang guna)


3. Daun kering Oregano




4. Spaghetti 

5. Sos Spagetti Kimball


6.Bebola ayam (Belah 2)

7. 1 labu bawang besar *
8. 10 ulas Bawang Putih *
9. Tomato *
10. Carrot *
11. Cili Bangla (hijau,kuning,merah) *
12. Cili Kering kisar
13. Garam
14. Gula
15. Secukup rasa
16. Serbuk lada hitam

p/s : yang bertanda * perlu didadukan 


Cara - caranya : 


Spagetti :

1.  Didihkan air dalam periuk, tambah sedikit minyak masak supaya spagetti tak melekat lekat.

2. Bila air dah mendidih, masukkan spagetti dan sedikit garam

3. Rebus dalam 10 - 15 minit, sampai lembut

4. Agak - agak dah lembut, toskan dan boleh dihidangkan.





Ni ler rupanya spagetti yang dah siap direbus.


Sos Bolognese : 

1. Tuangkan sedikit minyak dalam kuali, panaskan minyak, kemudian tumis kan bawang putih ,bawang besar yang telah didadukan.

2. Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar..goreng smpai masak cili nya.

3. Masukkan ayam kisar, kacau smpai ayam hancur.xnak nnt berketul2..

4.Masukkan sos spagetti kimball.

5. Masukkan serbuk lada hitam...agak-agak ler,jgn terlalu banyak sgt..

6. Masukkan chicken ball.lagi banyak lagi sedap sbb kami peminat setia chicken ball...huhuhu

7. Lepas tu masukkan carrot,cendawan,tomato dan cili bangla. Kacau bahan-bahan tu sampai sebati dan naik bau dia.

8. Masukkan gula,garam, secukup rasa dan daun oregano kering secukupnya.Rasa la ikut kesukaan masing-masing.

9. Dah rasa sedap,dah pecah minyak.Boleh hidang kan ler...SIAP...




Kuah dh siap...walau rupe xcantik..tp rasanya..huh..menjilat sampai hujung jari...hehehehe


Ok..dah boleh makan...




6 comments :

  1. akaaaaaaaa sedaaaappppppppppppppp...
    nak lagiiiiiiiiii!!!1 hehehehe...

    ReplyDelete
  2. hehehehe...ok2..nnt kte bt lg...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. sedap..try la buat...hehehe..angkat bakul sndiri

      Delete
  4. menarik ni.. mmg simple resepinyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ler..tekak melayu punya..hehehee..try buat..sdap..

      Delete