nuffnang

Followers

Tuesday, December 17, 2013

JJCM : Mat AYam Kampung, Cyerberjaya


Assamualaikum...

Entri JJCM lagi..hehehehe
Kali ni makan tengah hari kat Restoran Mat Ayam Kampung..
Memang jenis tekak kampung kan..
kedai masakan kampung la yang di cari..huhuhuhu

Posing depan kedai dulu..
Sebenarnya ini adalah branch kedua mereka.
Branch di Cyberjaya terletak di DOMAIN.

Alamat : Restoran Mat Ayam Kampung, 
93A-G, Biz Avenue Neo Cyber, 
Lingkaran Cyberpoint Barat,
 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia 
| GPS Info (lat,lon) = 2.915648°N,101.649714°E 

Senang jer nak ke sana...dalam 20 minit dari Sepang.
bila dah naik flyover tu..belok kiri..terus jer sampai traficlight terus lagi..Traffic light kedua belok kanan..terus jer..sampai nampak kawasan kedai sebelah kiri..
Kedai tu dalam kawasan tu lah..
Kedai ni dekat dengan Wisma Mustapha Kamal.

dinasihatkan datang awal untuk makan tengahari sebab cepat penuh ..
kedai ni tutup ari jumaat sebab pekerja dia kebanyakan lelaki
sabtu dan ahad buka yer kawan kawan..jadik kalau malas nak masak dah tau mana temnpat nak tuju..ok dan disekeliling penuh dengan kedai makan..memang heaven lahh



Kalau sampai kul 1 tengahari kat sini memang susah nak dapat parking
kena parking jauh or tunggu orang kuor.





bersesak orang..memang ramai..kita orang ari2 pun kena tunggu meja kosong sebab ramai sangat


Ni je sempat ambik gambar lauk..
sebab terlampau sesak jadi xleh ambik gambar 
macam-macam lauk ada.

Anyway, apa yang special kat restoran ni dah tentulah
Ayam Kampung nya..! Seketul (bahagian kepak atau peha) RM 4.
Lagi satu ulam-ulaman dan juga segala sambal cecah yang WAJIB,
sambal belacan, tempoyak dan budu..!



tengok aku punya..hehehe..sepinggan budu dengan ulam...


Ni aku punya daaa...hehehehe
sedap hingga menjilat jari...



Tengok..licin gua cakap...hehehehe
memang berbaloi2...macam promosi hebat jer...hahahahaha



Kat tepi kedai ni de jual keropok,goreng pisang dan buah-buahan..
sempat la kami tapau buat makan petang kat ofis..hehehehe

Harga perpatutan.. lauk dia pun sedap-sedap.
Kalau sampai kul 12:30 tgh hari memang confirm full dah tempat duduk. Anyway waktu perniagaan dari 11:30 pagi ke 5:00 petang okeh.So kepada penggemar ayam kampung, boleh la cuba makan di sini..!






1 comment :

  1. Baccarat Basics - Guide to the game of Cards - WOW - Wolverione
    Baccarat Basics is a trick-taking card game, deccasino played by two players. The first player takes the trick of making two 1xbet or more of the worrione same number of cards.

    ReplyDelete