nuffnang

Followers

Saturday, December 14, 2013

JJCM : MZ Darulnaim, Kampung Baru, KL

Asaalamualaikum....

Hujung minggu lepas kami ke KL sebab nak g Kenaga Wholesale city.
Kami sampai kat KL dekat kul 1,jadi sebelum g sana kami g makan tengahari dulu.
Kalau ke KL,xsinggah makan kat MZ Darulnaim ni xsah.
Memang port kami anak beranak dah makan kat kedai ni.


Kedai MZ Darulnaim menyediakan pelbagai juadah makanan  selera Kelantan.
 Lokasi terletak di Kampung Baru, berhadapan dengan Pusat Zakat (Baitulmal) dan juga Kuala Lumpur International Hotel. 


Macam-macam menu ada..Semua lauk pantai timur..Dah memang selera tekak kami..
Semua lauk layan diri..ambik je banyak mana..
Semua sedap..
Macam-macam ada...


Ni lauk yang dah siap diaorang letak supaya cepat untuk kita ambik,
kalau rasa xcukup kita boleh tambah sendiri.
Ikan bakar,daging bakar,set budu dengan lada dan tempoyak,sambal belacan,telur dadar ,ikan keli dan ayam percik dan macam - macam ada..



Ulam pun macam-macam ada..memang selera kampung la..
Ikan singgang pun ada





Ini saje yang sempat kami ambik sebab waktu tengahari memang ramai orang.
kadang-kadang tempat duduk pun kena tunggu turn..
Set budu,keli percik,telur dadar,gulai daging,ulam

Xsah kalau xambik gambar selepas makan...hehehe..Licin..memang SEDAP!!

Ini la total kami makan 2 orang..RM 20 untuk semua..

No comments :

Post a Comment