Soto Ayam
Sumber : Mat Gebu
BAHAN-BAHAN KUAH SOTO :
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)
BAHAN TUMIS :
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih
CARA MEMBUATNYA :
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah gara, secukup rasa.
Gambar kuah soto tak ada sebab lupe nak ambik..huhuhuhu
BAHAN LAIN :
Hirisan daun bawang dan sup,Bawang goreng,Daging ayam yang dicarik halus |
Begedel |
Cili kicap |
Kacang tanah goreng |
Nasi impit, didadu |
Soo hoon goreng |
Soto Ayam yang SEDAP !!!
Ini ihan punya..bak kata firhan...hehehhee
sedappp;)
ReplyDeletesedap k.ana tp jgn teringat2 lak..hahahaha...
Delete