nuffnang

Followers

Wednesday, February 26, 2014

Resepi : Begedil Simple dan Sedap


Bahan-bahannya (20 biji) :

 4 biji kentang (saiz sederhana)
Segenggam udang kering
 2 biji telur
 1 labu bawang besar [potong dadu]
 Secekak daun sup [potong kecik2]
 1 sudu kecil serbuk lada sulah
 1 sudu kecil serbuk lada hitam
bawang goreng
 Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1) Kupas kentang dan potong dadu besar or potong bulat2.. (ikut suka korang nak potong camna). Then, goreng kentang sampai empuk dan toskan. [Kalau nak rebus pun boleh, tapi lama sikit la nak tunggu kentang tu empuk]

2) Sementara menggoreng kentang, rendam udang kering. Then, tumbuk.

3) Lenyek kentang yg telah digoreng tadi menggunakan batu lesung.

4) Potong dadu bawang besar dan potong kecik2 daun bawang . [aku guna dua2 jenis daun]

5) Satukan udang kering, kentang lenyek, bawang besar, bawang goreng dan daun bawang dalam satu bekas.Serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam dan sedikit garam.Gaul sebati semua bahan.

6) Bentukkan aduanan bulat2 dan leperkan.. Buat sehingga habis adunan. Untuk adunan ni boleh menghasilkan 20 biji begedil. [bergantung kepada saiz ye]


7) Panaskan minyak untuk menggoreng. Minyak tak perlu banyak sgt, agak2 tenggelam separuh begedil sahaja.

8) Celupkan begedil dalam telur dan masukkan dalam kuali. Agak2 sebelah bawah dah garing baru terbalikkan.. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat.

9) Siap!! Hidangkan.. boleh dimakan begitu sahaja atau cicah dengan sos. Boleh juga makan dengan soto.

Selamat mencuba!!


4 comments :

  1. fav! tp penah buat sekali..resepi sy try lg simple tp tmbah daging cincang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..sama la...fav...jimat guna udang kering...

      Delete
  2. lama tak tolong ibu bt begedil..tgk entri ni nak suggest kat ibu lah hehehe! mls nak beli..kadang tu x sedap mana :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la nnt...mmg xsdap pn yg beli..dah la mahal...bt sendiri lagi sedap...hehehehehe

      Delete