nuffnang

Followers

Tuesday, April 29, 2014

Anugerah Khidmat Setia

 Alhamdulillah... Dah nak masuk 8 tahun aku berkhidmat di MAHB...
Tapi masa dapat sijil ni aku baru di kira 6tahun..dia orang silap kira..
tak pe la..tak kisah la..dapat jugak sijil penghargaan..

Aku start bekerja di MAHB 01.09.2006..
Lama kan...hehehehe
Alhamdulillah,keje semua ok..
banyak pengalaman aku dapat..
aku rasa untung keje kat sini..
kena pulak aku keje bahagian airport planning
Banyak benda aku belaja..
Seronok sangat2
walau macam2 ragam orang aku jumpe..
itu normal kan...
Dapat suami pun keje dekat MAHB jugak..
hehehehhe..


Thursday, April 3, 2014

MH 370 punya hal

 Semua orang ternanti-nanti update pasal MH 370..
kami di ofis jugak tidak ketinggalan...

Kami kerja airport tapi bukan bahagian operation..
Jadi apa-apa update kena follow berita terkini juga..
sebab kami tak terlibat dengan pencarian MH 370 ini..

walaupun ofis dekat je dengan hotel sama - sama 
dalam astro awani or tv3 punya update jugak kami tunggu..


Cuba teka,kat mana kami tengok...huhuhuhu


Nasib ler de Iphone kak ana...
Boleh tengok live..
HP kecik je..sume pakat duk tengok kat situ..


Sekali,dengan laki aku terlibat...semangat nak tengok...hehehehe..
Semangat tak kami..hehehee..

Kami pun turut bersedih walaupun tiada saudara dalam MH 370...
Tapi kami saudara sesama islam..
DOakan yang terbaik untuk MH 370
Harap kita dapat temui keputusan yang megembirakan..


Resepi : Kari Daging


Resepi : Kari Daging

Bahan - bahan : 

1. 1 kg daging

2. 3 biji Ubi kentang

3. santan (Sebiji Kelapa)

4. 5 ulas bawang merah *

 5. 2 ulas bawang putih *

6. sedikit halia *

7. 1 paket kecik rempah kari daging babas

8. 1 batang daun kari

9. 2 ulas bawang merah mayang 

10. sedikit gula melaka

11. minyak untuk menumis


p/s : Bahan - bahan * perlu dikisar

Cara - Cara :

1. Bahan-bahan kisar perlulah dicampur dengan serbuk kari daging. 

2.Kemudian, panaskan minyak di kuali. Apabila minyak sudah panas, masukkan bawang merah mayang dan daun kari. Goreng hingga garing.

3. Sesudah garing bawang mayang itu, bolehlah dimasukkan campuran rempah kari dan bahan kisar tadi.

4. Kacau hingga naik minyak dengan api yang sederhana kecil. Biarkan bahan tumis itu benar-benar garing dan naik minyak. Baunya memang umphh!!

5. Kemudian, bolehlah dimasukkan sedikit air.

6. Masukkan daging dan gaul rata.
Biarkan hingga daging itu empuk dan lembut. Apabila kuah sudah mendidih, kecilkan sedikit api dan tutup periuk menggunakan tudung periuk. 

7. Setelah daging empuk, bolehlah dimasukkan santan. Kacau serata yang boleh. Jika mahukan kuah lebih, bolehlah ditambahkan sedikit air.

8. Kemudian, bolehlah dimasukkan kentang, garam, seketul ibu jari gula melaka dan secukup rasa maggi. Bolehlah ditutup periuk itu dan tunggu hingga cik kentang kita empuk dan lembut. Apabila kentang sudah empuk, rasalah tahap kemasinan yang anda inginkan. Sesudah itu bolehlah ditutupkan api dapur


Ini jelah rupa kari daging ku yang sedap itu..hahhahahaa


Tiba-tiba terasa lapar bila tengok gambar ni...huhuhu...

Annual Dinner MAHB 2013 : Tema Bollyglitz


Assalamualaikum..

Rasa rindu nak update blog...bz sangat sampai tak sempat nak update blog..
Dinner ni tahun lepas punya cerita,tapi 2014 baru nak update dalam blog...
hahahahaha

MAHB buat dinner dua tahun sekali..selang seli,tahun lepas dinner,tahun ini kami dapat tiket F1,tahun depan dinner pulak..camtu la seterusnya...

Dinner ni buat kat PICC Putrajaya pada 26 oktober 2013..
Temanya bollyglitz..
Bila kuor je email jemputan,terus kami beriya-iya buat persiapan..
Lebih kurang 3 minggu kitaorang buat persiapan nak pegi dinner.. Semangat tau!
Takde la persiapan apa pon.. 
sebab mula2 aku nak pakai saree...TAPI..tau la badan aku ni macam mana kan..
cancel pakai saree sebab takut tiba2 tercabut mampus gua...hahaha
nak buat punjabi tapi upahnya mahal sangat..
nak beli yang siap takde saiz bila dah berkenan
tension makcik tau..
hahahaha
Last2 pakai je lain baju kebaya kain saree yang ada..
pon jadi..

Menu Malam dinner..Catering Hotel Sama-sama...
Jadi sedap la makanannya...


Ni pentas untuk dinner


Hos dinner kali Dato AC Mizal..
Best dia jadi hos..memang terhibur giler

Sempat kami bergambar dengan Dato AC Mizal..


Artis jemputan Anuar Zain
tak kena dengan tema betul
tambah pulak aku tak minat anuar zain..
geli aku rasa..
bila dengar dia nyanyi ngantuk je aku rasa...huhuhuhu

Tapi ramai gila yang tergila2 dengan anuar zain..
macam-macam kejadia..
huh..memalukan je dia orang ni..
nasib la jadi artis..kena la layan peminat..huhuhu


Antara hidangan makanan..
Sementara menunggu dihidangkan makanan,kami makan roti dengan butter dulu


Starter dengan sup cendawan dan ayam


Ni Main maenu nya..macam-macam ada..SEDAP..


Ni desertnya...


Tengok...Walau pun jus oren pun..macam sedapnya aku minum kan..
tak senonoh...hahahhaa


Makeup sendiri jer..kita xde lip lap pun...huhuhuhu


Aku pakai baju kebaya kain saree jer..bedal jer...asal ada kena cket2 pun jadi la...

Apa-apa pun,jom layan gambar yang banyak ni..hehehe









Dengan Kak aida..gaya macam model dah..huhuhu

Semua muka gembira je..huhuhu


Sebelum VVIP datang sempat kami bergambar dengan big boss...GM kami yang sporting gila2..

Posing lagi..


Selagi makanan tak terhidang,selagi tu la duk bergambar...












Sempat bergambar atas pentas...






Best gila dinner ni sebab department kami ramai jugak yang join...
Tunggu dinner tahun depan pulak...















Wednesday, March 5, 2014

Resepi :Cheezy Ball ala KFC

Resepi : Cheezy Ball
Sumber : Kjee

Bahan - bahan : 

1. 5 biji kentang
2.  2 cawan tepung gandum
3. 1 sudu kecil garam
4. 1 sudu kecil lada sulah
5. Sedikit perisa or perencah kiub ayam manggi or knor
6. 1 biji telor
7. Mozarella ( boleh dipotong kiub atau disagat) 
8. Serbuk roti warna oren
9. Minyak masak ( untuk menggoreng)




Cara-caranya:

1. Kupas kentang dan direbus smpai empuk kemudian dilenyekkan.



2. Campurkan tepung gandum, garam, lada sulah & perisa ke dalam kentang dan digaul rata dan diuli campuran tadi..jika kentang masih melekat pada tangan boleh tambahkan sedikit lagi tepung.



3. Bentukkan tepung yang diuli tadi kepada bentuk bola.


4. Tepung yg dibentuk bola td dileperkan dan diisi mozarella dan bentukkan semula seperti bola.

Cheese Cheddar dan mozarella

Serbuk Roti


5. Kemudian golekkan bola yg diisi mozarella pada  serbuk roti, kemudian dicelupkan ke dalam telur dan digolekkan sekali lagi pada serbuk roti.

Telur




6. Panaskan minyak dan digoreng dengan api yang kecil..jika api besar..jadi la bola hitam..hihihi




Ok..Siap untuk dimakan...sedap dimakan bila sejuk...

Thursday, February 27, 2014

Resepi : Roti Hotdog


Sosej Roll

BAHAN-BAHANNYA :
5 batang sosej Ayamas
5 keping roti sandwich (mat guna Gardenia)
2 putih telur, dipukul sedikit
Serbuk roti secukupnya (mat guna serbuk roti bewarna kuning)
1 kuning telur
Sos kegemaran anda (mat guna sos cili + sedikit mayonnaise)


CARA MEMBUATNYA :

1.Celur sekejap sosej dalam air mendidih, toskan dan biar sejuk. Roti dibuang sedikit bahagian tepi2nya. Kemudian canai sedikit biar sama saiz dengan ukuran sosej. Buat hingga siap.

2.Ambil sekeping roti, letak sebatang sosej dan gulung ketat. Sapu kuning telur pada hujung roti dan gulung hingga melekat. Buat hingga siap.

3.Celup sosej roll tadi dalam putih telur, golekkan dalam serbuk roti, kemudian celup sekali lagi dalam putih telur dan golekkan sekali lagi dalam serbuk roti. 

Buat hingga siap. Kemudian goreng dalam minyak panas dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidang dengan sos kegemaran anda....

CATATAN MAT GEBU :- Jika anda suka salutan nipis, cukup sekadar mencelup sekali sahaja sosej roll tadi dalam adunan telur dan golekkan dalam serbuk roti.




Wednesday, February 26, 2014

Resepi : Begedil Simple dan Sedap


Bahan-bahannya (20 biji) :

 4 biji kentang (saiz sederhana)
Segenggam udang kering
 2 biji telur
 1 labu bawang besar [potong dadu]
 Secekak daun sup [potong kecik2]
 1 sudu kecil serbuk lada sulah
 1 sudu kecil serbuk lada hitam
bawang goreng
 Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1) Kupas kentang dan potong dadu besar or potong bulat2.. (ikut suka korang nak potong camna). Then, goreng kentang sampai empuk dan toskan. [Kalau nak rebus pun boleh, tapi lama sikit la nak tunggu kentang tu empuk]

2) Sementara menggoreng kentang, rendam udang kering. Then, tumbuk.

3) Lenyek kentang yg telah digoreng tadi menggunakan batu lesung.

4) Potong dadu bawang besar dan potong kecik2 daun bawang . [aku guna dua2 jenis daun]

5) Satukan udang kering, kentang lenyek, bawang besar, bawang goreng dan daun bawang dalam satu bekas.Serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam dan sedikit garam.Gaul sebati semua bahan.

6) Bentukkan aduanan bulat2 dan leperkan.. Buat sehingga habis adunan. Untuk adunan ni boleh menghasilkan 20 biji begedil. [bergantung kepada saiz ye]


7) Panaskan minyak untuk menggoreng. Minyak tak perlu banyak sgt, agak2 tenggelam separuh begedil sahaja.

8) Celupkan begedil dalam telur dan masukkan dalam kuali. Agak2 sebelah bawah dah garing baru terbalikkan.. Goreng sehingga warna keemasan dan angkat.

9) Siap!! Hidangkan.. boleh dimakan begitu sahaja atau cicah dengan sos. Boleh juga makan dengan soto.

Selamat mencuba!!