nuffnang

Followers

Sunday, March 31, 2013

Resepi : Oreo Goreng


Jumaat lepas ofis firdaus de buat makan2...
saja dia orang nk bt makan2 ari jumaat..
TAPI...malam baru ku tahu..TENSION kan..
apa lagi..pe yang ada je la aku masak..
xde kuasa aku nak kuor malam2..

Semuanya berasaskan OREO..
kebetulan mmg oreo de stok sll kat umah

Bahan-Bahan : 

Tepung Pancake (aku guna yang jenama nona perisa Original)
Oreo (aku yg perisa ice cream)
Telur (1biji)
Air
Minyak (2 sudu besar)


Cara-cara :

Satukan je semua bahan-bahan di atas,kecuali oreo.

agak2 la kepekatan tu..jgn cair sgt,jgn pekat sgt...sedang-sedang saja...hahaha..
Panaskan minyak,celup oreo dalam tepung td..dan goreng..
Guna api yang perlahan sebab dia cepat hangus...

Goreng sampai keemasan.
dan boleh la di angkat
Ini la hasilnya
Sedap... Kesukaan Firhan..


Bila gigit..rangup..SEDAP ooooo...makan panas2..sepeket xckp tu....



ni Agar-agar Oreo... Resepi Agar2 Oreo


Jadi 2 benda je la yang dibawa oleh en. suami ku...
Oreo Goreng dan Agar2 Oreo....

Hanya ini saja yang mampu..heheheh..=)



Firhan Dah Berdikari

Saja nak update pasal anak kesayangan ku yang sedang membesar ini..
sejak2 dh 2thn ni firhan nak pakai seluar n baju sndri..xnak org pakai kan dh..kalau time2 nak kuor n lambat... tension jgk la ibunya ni nga ragam nya..tp layan je la..


Ni nak pakai seluar. kena siap2 sediakan,lpas2 tunjuk je kat mana nak masuk kaki.nnt dia pakai la sndiri




Berjaya masukkan kaki dalam seluar..



Teruja dh siap pakai seluar



Tengok..berlipat lipat seluarnya...firhan...firhan



Nak pakai baju lak..beriya2 cari nak masuk kepala



Usaha kali kedua nak pakai baju...



Akhirnya.....BERJAYA jugak anak IBU....



Tengok...dengan Gembiranya selepas BERJAYA dengan usaha yang gigih pakai baju sendiri...



Hensem kan saya....hahahaha...



MUHAMMAD FIRHAN BIN MUHAMMAD FIRDAUS

Resepi : Ketupat Sotong


Assalamualaikum..

Semalam buat ketupat sotong...TERBAIK...
Ni first time bt sendiri tau..
sebenarnya dh sebulan mengidam nak mkn ketupat sotong ni..
dulu masa muda2,nak mkn je order je kat ma,trus jadi..
sekarang....sob..sob..ma jauh...jadi kena la berdikari..
bt sendiri klu dh teringin sgt....tp...tetap tel ma jgk mintak resepi...hehehe
Alhamdulillah jadi jgk akhirnya....
Mengidam mengalahkan orang mengandung...hehehehe
rupa2nya,senang sgt nak btnya..tp nak beli kt luar rm3 seekor tu..MAHAL gla...


Bahan-bahan : 

Sotong (aku beli dalam 10ekor)



Santan (1 biji kelapa)


2 cwn Beras Pulut (diimport dr kelantan tau)
Halia (dimayangkan)
Gula Melaka ( 1 setengah keping,nak guna 2 keping pn blh tp tkt manis)
garam (secubit je)
Daun Pandan (3 helai)
Serai (1 batang)
Lidi pencungkil gigi

Cara-cara :

1. Basuh bersih beras pulut, lepas 2 rendam selama 1jam bersama dengan santan


2. Selepas sejam direndam nga santan, beras pulut jadi kembang, Bersihakn sotong,kepala jgn dibuang sebab nk guna nanti.Masukkan beras pulut dalam sotong. jangan padat sangat sbb nnt sotong akan mengecut..takut pecah plk..


3. Masukkan kepala sotong ke dalam badannya dan tekankan sedikit. Kemudian dicucuk dengan lidi bagi mengemaskannya. ni la hasilnya.


4. Susun dalam periuk bersama daun pandan. Tuangkan santan, halia, gula melaka, serai dan sedikit garam.. Masak sehingga agak pecah minyak. Guna api yang paling perlahan..kacau sekali sekala untuk mengelakkan santan berketul.


Dan.... inilah hasilnya.... TERBAIK dr LADANG...SEDAP hingga menjilat JARI.......


Yummy...yummy...SEDAP WA CAKAP SAMA LU......



Tuesday, March 12, 2013

Resepi : MURTABAK LAPIS CREAM CRACKER

Bahan-Bahan
600 gm daging cincang (saya guna yang ramly punya..)
3 ulas bawang putih }
2 cm halia } …. kisar/tumbuk
4-5 sudu makan rempah kari daging
(Gaul semua bahan di atas dan perap sebentar)
3 biji bawang besar (potong dadu)
3 sudu makan minyak
garam

Gula

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang dadu hingga separuh layu. Masukan perapan daging tadi. Bubuh garam dan masak hingga daging kering sedikit. Bahagikan kepada 5 bahagian.

45 keping biskut krim kraker (saya guna jenama Hup Seng)
1 cawan santan
1 cawan susu cair
1 cawan air

Untuk hiasan lapisan :
secukup daun sup/ daun bawang (potong kecil2)
3 batang lada merah (dihiris)
3 batang lada hijau (dihiris)
150 gm keju parut (optional)
10 biji telur (bubuh sedikit garam, dikocok sedikit)

Cara:Siapkan loyang berukuran 8”x8”. Alaskan dasar loyang dan sekelilingnya dgn kertas kalis minyak (grease-proof) ataupun aluminium foil. Kemudian sapukan dgn mentega.

Satukan santan, susu cair dan air di dalam periuk dan panaskan di atas api. Ambil 9 keping biskut dan celupkan sebentar di dalam campuran santan/susu cair tadi. Jangan terlalu lama agar biskut tak terlalu lembik dan pecah. Setelah itu, susun biskut tadi ke dalam loyang hingga menjadi satu lapisan rata.

Taburkan satu bahagian daging dgn rata ke atas lapisan pertama biskut tadi. Bubuh sedikit lada merah, lada hijau, daun sup/bawang dan sedikit keju parut. Akhir sekali jiruskan sedikit telur rata-rata ke atasnya. Buatlah begini sehingga lapisan ke lima. Jiruskan lebihan telur rata-rata ke dalam lapisan biskut2 tadi. Biarkan sebentar (abt 5-10 minit) sebelum dibakar dalam oven dgn suhu 170 C selama kira-kira 40 minit. Biarkan ia sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. 


Ni la hasilnya...


Murtabak Biskut..

Sedap hingga menjilat jari...terkenang2 kesedapannya...huhuhuhu
Cuba jangan xcuba yea kawan2...



Resepi : Agar-agar Milo Lapis Oreo

Saja nak kongsi resepi agar2 oreo ni..saya buat masa birthday firhan ari2..

BAHAN2:

  • 1 bungkus / 10g Jelly Powder (Serbuk Agar-Agar)
  • 750ml Air
  • 160g Gula ( sy hy guna 140g gula shj)
  • 1 tin (400g) Susu Cair 



  • 3/4 cup Serbuk Milo ( sy guna 1 cawan ). Milo. ni yang dibancuh dengan air sebab xnak bagi dia ketul2 nnt..


  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies ( sy guna perisa vanila ) - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis


Oreo. tapi aku guna yang perisa vanila

Biskut Oreo yang dah dipatah-patahkan


 CARA2:

  1. Masak serbuk agar2 & air sehingga larut. Masukkan gula & masak sehingga gula larut. Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain & campurkan milo sehingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan ( lain kali nak tuang 3/4 cwn campuran milo utk nampak seimbang antara lapisan milo atas dan bwh. Campuran milo yg kita panaskan utk elak mengeras tu akan susut sket isipadunya masa proses pemanasan.) . Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi. Taburkan biskut oreo. Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.


TIPS UNTUK MELAPIS:

a. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
b. Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.



Memang sedap..Firhan suka sgt sbb agar-agar kan lembut,lps2 dia sejuk,rs coklat n milo..tambah rasa oreo..sedap wa ckp sama lu..hehehhee

Ni la hasilnya....
Saya buat dalam bekas kecik2 sebab senang nk makan..
Lagi pun senang nak bagi kat jiran2..


Sebelum masuk dalam peti ais lagi

Baru Siap 


Ni yang baru kuor dari peti ais..siap untuk di makan..

Sekian...

Monday, March 11, 2013

Hari Jadi Firhan - 09.03.2013

Selamat Hari Jadi Firhan..
Cukup 2thn dah anak bujang ku sorg ni...
dah besar dh..

09.03.2013.. hari yang bermakna untuk firhan...
kami xde la buat parti besar-besaran..cuma buat makan2 untuk kami 3beranak je..
lepas tu bagi kat jiran cket2 je..sama2 rasa...

ni la hasilnya...


Menu utama : Kek coklat Moist


Murtabak Cracker

Agar-agar Oreo

Nasi Ayam..



Ni time nk potong kek..nyalakan api untuk hiasan je..firdaus xbagi tiup.. ibu nga ayah nya yang over..hahahaha

Ni ibunya yg over...hahahaha

Bersedia untuk potong kek

Ni birthday firhan ke ayahnya...Over tau.



Sekian...

Resepi nya nnt akan dikongsikan bla free yea..hehehe



Sunday, March 10, 2013

Resepi : MaSAK Sayur Lemak Putih Kelantan

Salam,

Saja nak kongsi resepi lauk yang paling simple dlm dunia ni..hahahaa...

Sayur lemak putih..Kuah putih tu..(lauk gni pn nak tunjuk jgk ke????)hehehe

SAYUR LEMAK PUTIH
  • sayur kegemaran anda (saya letak terung,kacang panjang,lobak merah,kobis )
  • 6 ulas bawang merah ditumbuk
  • 1sb lada hitam di tumbuk kasar
  • 1 ekor ikan selayang yang dibakar (asingkan tulang dan tumbuk kasar)
  • semangkuk santan pekat
  • secawan air
  • 1 biji cili besar merah dan hijau dihiris
  • gula,garam & perisa secukup rasa
Caranya
  • satukan bahan2 tumbuk kedalam periuk
  • masukkan air, santan dan didihkan
  • kacau perlahan dgn api yg sederhana supaya santan tak pecah
  • dah mendidih, masukkan sayur-sayur tadi
  • perisakan dgn gula, garam dan perisa secukup rasa
  • bila dah mendidih terus padamkan api
  • sedia dihidangkan


ni la hasilnya..( sory gambar xcantik..hp murah)

ikan goreng 


sambal ikan bilis

apa yang penting... budu...ni mesti ada...baru la umppphhhhh..

SEkian Menu di Hujung Minggu.... =)