nuffnang

Followers

Monday, November 18, 2013

Resepi : Sambal Buah Kuini

Sedapnya bila tengok sambal kuini ni.. Bila dimakan dengan nasi putih panas-panas dan ikan rebus goreng..huh..sedap nya..mak mertua lalu kat belakang pun xperasan la jawabnya...hahahahaha


Bahan - Bahan  :

1. 5 tangkai Cili Padi merah (kalau nak lebih pedas tambah lagi)

2. 1 biji buah kuini 

Ni la rupa buah kuini..


3. Garam secukup rasa

4. 3 sudu besar gula

5. 1 inci belacan


Cara - cara :

1. Tumbuk cili sampai halus.

2. Masukkan belacan,gula,garam.Tumbuk lagi untuk sebatikan.

3. Kupas kuini,dan cincang halus-halus buah kuini

4. Tumbuk perlahan jer sebab xnak bagi kuoni tu hancur.dah siap..boleh hidangkan..


Sambal kuini.. =)

No comments :

Post a Comment