nuffnang

Followers

Thursday, December 5, 2013

10 Makanan Tinggi Serat Untuk Kurus

 10 Makanan Tinggi Serat Untuk Kurus

Sapa nak kurus....meh baca info kat bawah ni....xde sapa yang x nak kurus kan....jom sama2 amalkan...mana tau kurus sikit...aku baru nak try...xtau la tkt semangat kejap jer..hehehehe....

10 Makanan Tinggi Serat Untuk Kurus

Adakah anda tahu bahawa makanan berserat atau fiber membantu anda menguruskan badan?

Inilah masa yang anda perlu tahu! Kajian saintifik menunjukkan diet serat yang seimbang bukan sahaja untuk sistem pencernaan yang baik dan melancarkan pergerakan kumuh/tahi dalam usus besar manusia malah ianya juga membantu menurunkan berat badan!

Jadi pentingnya untuk anda memasukkan serat sebagai komponen diet anda sebagaimana memberikan kita rasa 'kenyang' dan paling penting, TIDAK menggemukkan.Berikut senarai sumber serat yang anda boleh cuba masukkan dalam diet harian anda.


1. Bran
Dedak gandum, dedak jagung contoh yang terbaik untk serat yang maksimum berbanding makanan lain. Ianya mengandungi kandungan serat yang tinggi berbanding oat.


2. Kacang
 Kacang rebus membekalkan kandungan serat yang agak tinggi. Secawang kacang pea sahaja membekalkan 8.8g serat.


3. Berries
Berri juga sumber terbaik membekalkan serat. Secawan berries boleh memberikan 8 ke 10 g serat untuk anda. Berries juga boleh dimakan mentah untuk kesan yang baik!


4. Cocoa
Banyak juga kajian menunjukkan coklat terutamanya dark coklat(mentah) memberikan kebaikan kepada kesihatan. Dark chocolate (coklat hitam) ini sumber iron dan potassium yang mantap selain hidangan sebanyak 100g boleh memberikan 33.2 g serat. Bagaimanapun, coklat yang bersusu yang tidak mengandungi serat yang mencukupi haruslah dielakkan.


5. Bijian
Kebaikan bijian ini tidak dapat dinafikan kerana  bijian/bijirin ini digunakan dalam setiap masakan dan roti untuk meningkatkan serat dalam makanan. Jadi tidak ada masalah untuk anda mendapatkan serat dalam diet anda.


6. Kekacang
Sumber kekacang seperti gajus, kacang tanah dan kacang almond merupakan sumber serat mudah yang boleh didapati di mana mana. 100g hidangan kacang almond sudah cukup membekalkan 12.2g serat. Apa tunggu lagi?


7. Sayuran
Sayuran kaya dengan iron dan juga serat. Pastikan makanan harian anda ada  sayuran untuk meningkatkan serat dalam pemakanan. Anda boleh cuba bayam atau lobak atau apa apa sahaja yang anda rasa itu sayuran tapi pastikan serat.


8. Artichoke
Artichok mengandungi serat, vitamin K dan folate. Ianya juga sumber vitamin C, magnesium, manganese dan potassium yang bagus.


9. Lentils
Kacang dalca atau dal contoh amat baik dalam memberikan sumber serat. 1 cawan lentils yang dimasak mengandungi 15.6g serat.


10. Herba
Mengandungi vitamin dan mineral yang banyak, herba yang dikeringkan ini juga sumber serat. Contoh kulit kayu manis memberikan 53.1g per 100g hidangan. Banyak bukan? Cuba untuk masukkan ramuan herba dalam masakan anda, anda tidak perlu khuatir lagi tentang serat.

7 comments :

  1. Replies
    1. jom2..saya baru start eat clean..nak tggk dlm 3minggu...harap2 menjadi dan bterusan...

      Delete
  2. salam, sekadar cadangan...ada satu biskut yang sangat membantu..dan dalamnya juga terdapat 10 grains.. biskut tu senang je nak dapat dekat kedai mana3...namanya biskut julies oat 25 plastik kaler hijau..cubalah..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok..tq ros sbb berkongsi..akan ku cari biskut tu..hehehehe..tq2

      Delete
  3. salam.goodluck.u can do it:)noly ada lg satu cara nak kurus, dgn corset diet:) kalau free nnt singgahla ke blog noly ye
    www.nolyanna.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkslm..corset xmampu nak beli...hehehehe..i dh follow u..tq

      Delete
  4. wkslm..corset xmampu nak beli...hehehehe..i dh follow u..tq

    ReplyDelete