nuffnang

Followers

Monday, February 24, 2014

Resepi : Tumis Air Bayam

Resepi : Tumis Air Bayam


BAHAN-BAHAN :
2 cekak bayam hijau, siang berasingan batang dan daunnya
1 genggam isi udang basah
1 biji bawang besar, saiz sederhana, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 kiub ikan bilis (opyional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan - bahan untuk ditumis


Bayam hijau


CARA MEMBUATNYA :
  1. Panakan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang besar dan bawang putih hingga layu dan harum, masukkan isi udang dan kacau rata. Masak hingga isi udang berubah warna. Tuang air secukupnya (anggara 2 - 3 cawan).



2.   Masukkan kiub ikan bilis (jika guna), batang bayam dan masak hingga lembut. Tambah daunnya pula. Perasakan dengan garam secukup rasa dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih sambal belacan, ikan goreng atau ikan masin.




Thursday, February 20, 2014

Resepi : Ayam Goreng Kunyit


Resepi : Ayam Goreng Kunyit


Bahan - bahan : 

1 keping dada ayam,  dipotong kiub
1 camca teh pes perapan halia "LIFE"
10 batang kacang buncis, kerat pendek
1 biji bawang besar hiris berangkai
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili hijau saiz kecil, hiris
1 biji cili merah, saiz kecil, hiris
3/4 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul ayam dengan perapan halia dan serbuk kunyit hingga rata. Perap 30 minit. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 cawan) dan goreng dengan api sederhana hingga ayam masak (tak perlu sampai garing, nanti keras). Tolak ayam ke tepi kuali dan keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit.


2. Masukkan bawang besar, bawang putih, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak hingga semua layu. Gaul rata dengan ayam. Masukkan kacang buncis dan sedikit garam. 



3. Masak sekejap hingga kacang lembut tapi masih rangup. Matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi hangat...
Selamat mencuba!!.


Wednesday, February 19, 2014

Raya Cina 2014



 Kat ofis aku ni kebanyakannya melayu.
Cina ada sorang,india pun sorang..
1Malaysia maaa...
Cina tu my boss ler...huhuhu..
Macam tahun lepas judy sambut tahun baru cina meriah kat ofis..
siap buat yee sang lagi..
tahun ni dia mengandung..penat agaknya..
kami cuma bagi set tupperware yang ada cookies je kat dia..

Kad ni nurul yang buat,save budget sket...
Kami sign jer...TQ nurul...


Aku tukang lekatkan je kat kotak ni...hahahaha
senangkan keje aku..


Tadaaaa..dah siap...



Judy cuti seminggu raya cina tahun ni..
Jadi sebelum dia cuti kami ramai2 la datang jumpe dia


Lepas tu apa lagi,kami ni kan pantang dengan kamera...
posing ler...




Lepas dia masuk keje balik,kami semua dapat angpaw..tapi untuk anak yea...
pe2 pn TQ judy...bermakna jugak bagi kami..


Tuesday, February 18, 2014

Resepi : Tepung Pelita

RESEPI KUIH TEPUNG PELITA
Sumber : zakwan

Lapisan hijau @ bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dikisar dgn sedikit air
sedikit kapur  - jgn letak banyak, nanti pahit

Lapisan putih @ atas :
4 sudu besar tepung beras
1 kotak santan
 sedikit garam


Cara :

[1] Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati

[2] Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat 
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)

[3] Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap
[4] 1 kotak santan dicampurkan dengan 4 sudu tepung beras dan garam

[5] Kacau sehingga sebati

[6] Masak adunan dan kacau sehingga adunan pekat  
(hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya)

 [7] Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi

  [8] Sejukkan


NOTA: 
Sedikit tip untuk membuat kuih ni  basah2 seperti kuih dibeli
Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, tambahkan 2 sudu besar tepung ubi
Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas
Sudukan 1/2 sudu kecil gula pasir ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih





Dah siap letak dalam peti..makan sejuk-sejuk,SEDAP!!!!



Firhan ni lagi la,sempat tutup bekas dah makan 3bekas...
suka sangat dia,kuih ni lembut...


Nikmatnya dia makan...hehehehe



Monday, February 17, 2014

JJCM : KFC Golden Wrap Chicken


Dok tengok iklan pasal golden wrap ni memang rasa nak ngap kejap tu jugak..mmg menggoda perut betui :-P

Dah rezeki,ader orang belanja...hmmm not bad la..cuma rasa macam tak pueh makan ayam semata so kena add on something...

Boleh le kalo  nak try menu baru kfc ni cuma bagi aku lagi suka kalo dia datang dengan set macam snack plate tu..baru rasa complete meal...

Orait, happy finger licking good ;-)






JJCM : Ayam Penyet Ria,Cyeberjaya



Assalamualaikum kawan-kawan..
Dah lama xupdate blog...
rindu sangat2 nak update..
gambar dah bertimbun-timbun dah...
hahahaha
macam banyak sangat kan..
macam ade je orang nak baca...
uwaaaaaaa....ayat sedih lak kan...
huhuuuhuhu...
biasala,keje makan gaji,keje didahulukan
Baru la duit gaji berkat...gitu...

Macam biasa,ari jumaat je kami mesti makan kat luar.
Masa g makan ni sebenarnya nak g cari barang-barang untuk annual dinner MAHB.
tapi sempat singgah makan kat Ayam Penyet Ria kat Cyeberjaya..

Sape-sape nak g boleh la terjah kat alamat bawah ni:
Ayam Penyet Ria (situated in row of  shops next to Petronas petrol station)
Cottage Walk,
Persiaran APEC,
Cyber 6,
63000 Cyberjaya


Macam biasa,tuan tanah posing dl..hehehehe

K.maria n nad pun nak juga posing...hehehehe

Menu kat Ayam Penyet Ria ni banyak...macam-macam ada..
bagi aku sedap set dia,sambal dia memang TERBAIK!!!!
aku suka..


Menu aku mesti la ikan keli..huhuhu
Aku ambik set Ikan Keli..
Set ikan keli nga ulam n sambal
Nasi kena tambah,,sepinggan rm1.20 kalau tak silap aku..


Bukti kesedapan dia,licin sampai ke tulang aku makan...
Ikan keli dia rangup n makan panas2..memang terangkat la..
kena lak nga sambal pedas2 manis...huh..


 Sempat lagi kami bergambar..walaupun blur...ok jer..kesilapan teknikal katakan..



Wednesday, January 22, 2014

Mahnaz Food Shah Alam

Asal jumaat jer jalan jauh,al-maklum la rehat panjang..hehehee
Jadi aku dengan nadia pun set nak g beli barang-barang kat mahnaz food di shah alam
sebab kami nak mencari kurma,apricot,kekacang,gula-gula kekacang dan sebagainya..
Kami dari KLIA,dalam setengah jam jugak la nak sampai kat sana
Kami tak pernah g sana,ikut map dan signboard jer.

Map nak ke Mahnaz food
Nak g sana kalau dari KLIA ikut highway Plus,Keluar tol Ebor je la.Bila dh keluar tol,terus sampai traffic light ambik kiri.Terus sampai jumpe petronas sebelah kiri,terus lagi sampai jumpe traffic light ambik kiri.
Lepas2 ikut singboard dia jela..ni dah masuk kawasan perumahan dan kilang..
Kedai dia duk belakang kilang Panasonic.Kawasan kilang je kedai ni..


Ni la rupa kedai Mahnaz Food

Sempat lagi tuan tanah posing depan kedai

Nad pun nak jugak..hehehe

Bila masuk kat dalam kedai macam-macam ada..tapi kedai ni xbesar sangat.barang banyak sangat.



Macam-macam jus..
Macam-macam jus ada kat sini..aku beli jus delima kat sini..kat sini dia jual rm12 sebotol tapi kalau kita ambik 1 katon (24 botol) dapat dalam harga rm9 je sebotol..Murah sangat-sangat...*Nangis tengok* hahahahahha


Macam - macam jenama untuk madu
Madu pun macam - macam jenama ada..tapi aku xbeli pun..sebab stok ada lagi kat rumah



Pasta pun ada

Minyak Zaitun pun murah-murah


Minyak zaitun macam-macam jenis ada..murah pulak tu








Rempah nak buat nasi arab pun macam - macam ada..



Gula-gula kacang tumbuk

Gula -gula kacang tumbuk ni pun murah bila beli kat sini..Tapi tak ingat berapa harga nya..beli borong lagi murah..



Jenis kekacang pun banyak..Asam pun ada..Macam-macam ada..rambang mata..sedia duit jela..hehehhe




Kismis pun macam-macam ada..macam -macam colour lagi...





Coklat pun ada..





Buah zuriat 

Genggam Fatimah

Kurma confirm la ada kan..macam-macam jenis dan harga..pilih je..



Air zam zam sebotol rm100


Coklat Gulsan ada..Dia lebih kurang macam nutella jugak cuma rasa coklat lebih


Roti Arab pun ada..


Kosmetik pun ada jual.


Jom tengok apa yang sempat dibeli..ikutkan nak macam-macam..tapi bajet ler..huhuhuhu


Jus Delima aku beli 3botol (rm12 sebotol)

Minyak Zaitun (rm11 sebotol)

Jem Coklat (Rm10)
Kismis..Sedap sebab dia besar-besar.. (rm13 sebekas)

Kurma (Rm15 sebekas)
Buah Apricot (Rm 15 sebekas)

Buah Tin (rm15 sebekas)
Saftron.(rm10 sepeket)


Roti arab (4pcs rm3.50)

Kacang (500gm = Rm 10.00)
Inilah tangkapan yang mampu dibeli..hehehee

Total semua rm140..Melayang..tapi puas hati 

Puas hati beli kat sini..macam-macam ada..harga pun ok..lain kali boleh singgah lagi...